Wednesday, July 20, 2011

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH NOOR AZIMAH


Tanggal 6 Julai 2011, Rabu bertempat di Hotel Seri Malaysia Pn. Hjh Noor Azimah Bt Kamaruddin selaku GPK HEM, SKTL telah menamatkan persaraan beliau setelah berkhidmat selama 34 tahun. Majlis sambutan ini telah di sambut dengan penuh gilang gemilang dengan pelbagai acara bagi meraikan persaraan beliau.

Jom kita ikuti rentetan peristiwa sepanjang Majlis Persaraan beliau.

JASAMU DIKENANG

MAJLIS BERSAMA GURU & STAF SOKONGAN


Tempat : Hotel Seri Malaysia
Masa : 1.00 ptg
Tarikh : 6 Julai 2011

Pembukaan majlis bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Khairi Bin Jamaluddin. Setelah bacaan doa, En. Aminuddin Bin Abu Ruddin menyampaikan sedikit sebanyak latar belakang pembabitan Pn. Hjh Noor Azimah sepanjang beliau menjadi seorang guru. Begitu banyak kenangan pahit dan manis terpaksa beliau tempuhi selama 34 tahun berkhidmat.  Untuk mengingati jasa beliau tayangan rentetan kehidupan beliau sejak zaman belajar di maktab sehingga tahun 2011 telah dipertontonkan, rata-rata  berpuas hati dengan hasil tontonan yg diberikan.

Thursday, July 07, 2011

KELETAH MURID TAHUN 1-3 MENONTON TAYANGAN


Sempena larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia murid-murid Tahun 1-3 tidak terlibat dalam aktiviti larian, untuk mengisi masa lapang para pelajar masuk ke dewan untuk menonton tayangan Madagascar Escape To Africa.

Jom kita tgk gelagat anak-anak menonton cerita kartun. Semoga terhibur.

Wednesday, July 06, 2011

LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA


Pada 2 Julai 2011, Sabtu baru-baru ini SKTL telah membuat larian serentak 1Murid 1Sukan bagi menyahut seruan Kementerian Pelajaran setiap murid hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah. Hasil yang diberikan para pelajar amat menggalakkan, antara pelajar yang terlibat dengan larian terdiri dari pelbagai kategori diantaranya Tahun 4 (lelaki & perempuan), Tahun 5 (lelaki & perempuan) Tahun 6 (lelaki & perempuan), Penjaga wanita serta Penjaga lelaki. Selepas larian,  10 peserta terawal akan di beri hadiah mengikut kategori. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Di majlis penutupan perasminya adalah En. Saruchi Bin Sawal, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Jom kita tengok keletah para peserta sepanjang program dijalankan...semoga terhibur..

Menghitung Hari Detik Demi Detik..