Thursday, July 07, 2011
KELETAH MURID TAHUN 1-3 MENONTON TAYANGAN
Sempena larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia murid-murid Tahun 1-3 tidak terlibat dalam aktiviti larian, untuk mengisi masa lapang para pelajar masuk ke dewan untuk menonton tayangan Madagascar Escape To Africa.
Jom kita tgk gelagat anak-anak menonton cerita kartun. Semoga terhibur.
Wednesday, July 06, 2011
LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
Pada 2 Julai 2011, Sabtu baru-baru ini SKTL telah membuat larian serentak 1Murid 1Sukan bagi menyahut seruan Kementerian Pelajaran setiap murid hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah. Hasil yang diberikan para pelajar amat menggalakkan, antara pelajar yang terlibat dengan larian terdiri dari pelbagai kategori diantaranya Tahun 4 (lelaki & perempuan), Tahun 5 (lelaki & perempuan) Tahun 6 (lelaki & perempuan), Penjaga wanita serta Penjaga lelaki. Selepas larian, 10 peserta terawal akan di beri hadiah mengikut kategori. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Di majlis penutupan perasminya adalah En. Saruchi Bin Sawal, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
Jom kita tengok keletah para peserta sepanjang program dijalankan...semoga terhibur..
Subscribe to:
Posts (Atom)
