Monday, April 20, 2009

Pameran Aerospace & ICT


SABTU, 11 April 2009 (9:30 pagi -12:30 tengahari) :-

Seramai 50 pelajar + 2 guru pengiring dijemput menyertai bengkel Aerospace & ICT di Dewan Tun Razak Temerloh. Untuk itu, pelajar Tahun 5 Musytari dan 5 Zuhal telah dipilih untuk menyertainya.





Pengangkutan dan makanan pelajar telah disediakan oleh pihak MPT. Walaupun pelajar lewat tiba atas masalah pengangkutan, namun mereka masih berkesempatan mengikuti 2 sesi bengkel bersama-sama pelajar dr SK Jalan Bahagia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah melancarkan roket air dan membina roket kertas.


Selain dari bengkel tersebut, pertandingan Futsal antara sekolah turut dijalankan dan SKTL turut menyertainya. Pameran ICT dan Aerospace ini juga dibuka kepada orang awam bermula 10 hingga 12 April dan sambutannya amat menggalakkan.

Dengan pendedahan menerusi aktiviti ini, amatlah diharapkan agar pelajar akan lebih berminat untuk mendalami bidang Aero Angkasa dan ICT di masa akan datang.

3 comments:

Fadhlah said...

bukan ker 10 murid untuk 1 cikgu ker...bahaya oo klu pengarah baca blog nie...bahati2 yer ngan setiap perkataan yang ditulis..

Admin SKTL said...

memang itu yang ditetapkan oleh jabatan..bukan arahan sekolah pun.

syafiqah said...

Selamat hari guru kepada semua guru yang mengajar di sk tanjong lalang terutama kepada cikgu Haslina.

Menghitung Hari Detik Demi Detik..