Showing posts with label ICT. Show all posts
Showing posts with label ICT. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

PRA LATIHAN ICT UNTUK STAF SOKONGAN

Alhamdulillah akhirnya berakhir sudah program Pra Latihan ICT untuk Staf Sokongan.. Terima kasih di atas sambutan yang menggalakkan. Jom kita layan gambar semasa program sedang berlangsung.. B)

PENGENALAN WINDOWS XP 






















JOM BERSENAM ELAK PENYAKIT CARPAL TUNNEL SYNDROME 


Sume da ready..

Jom ikut fasilitator nih..


Tunduk mengurangkan tegangan di leher






Pergh lega ase sakit pinggang

Ni nk buat ape plak nih 

Meregangkan pinggang



Regangan Otot tangan..




Tuesday, October 04, 2011

PRA LATIHAN ICT UNTUK STAF SOKONGAN



Salam semua warga SKTL Pihak ICT akan menganjurkan satu Program Pra-latihan ICT.. untuk Bulan Oktober cadangan program untuk latihan dibuka kepada staf sokongan sahaja. 


TARIKH : 11-13 OKT 2011

MASA : 2 ptg-3 ptg

TEMPAT : Makmal Komputer SKTL 
CAJ : TIADA CAJ DIKENAKAN

SILIBUS PROGRAM : 

1) Pengenalan Windows Tarikh : 11/10/2011
2) Pengenalan MS-Word Tarikh : 12/10/2011
3) Pengenalan penggunaan internet : 13/10/2011 

Hanya terbuka kepada 10 orang sahaja. Kepada yang berminat boleh datang berjumpa dengan Pn. Nur Arina Abu Bakar Juruteknik Komputer untuk mengisi borang penyertaan. SAPE CEPAT DIA DAPAT.. TQ

Monday, April 20, 2009

Pameran Aerospace & ICT


SABTU, 11 April 2009 (9:30 pagi -12:30 tengahari) :-

Seramai 50 pelajar + 2 guru pengiring dijemput menyertai bengkel Aerospace & ICT di Dewan Tun Razak Temerloh. Untuk itu, pelajar Tahun 5 Musytari dan 5 Zuhal telah dipilih untuk menyertainya.





Pengangkutan dan makanan pelajar telah disediakan oleh pihak MPT. Walaupun pelajar lewat tiba atas masalah pengangkutan, namun mereka masih berkesempatan mengikuti 2 sesi bengkel bersama-sama pelajar dr SK Jalan Bahagia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah melancarkan roket air dan membina roket kertas.


Selain dari bengkel tersebut, pertandingan Futsal antara sekolah turut dijalankan dan SKTL turut menyertainya. Pameran ICT dan Aerospace ini juga dibuka kepada orang awam bermula 10 hingga 12 April dan sambutannya amat menggalakkan.

Dengan pendedahan menerusi aktiviti ini, amatlah diharapkan agar pelajar akan lebih berminat untuk mendalami bidang Aero Angkasa dan ICT di masa akan datang.

Wednesday, April 01, 2009

Penyenggaraan Peralatan ICT

  • Penyenggaraan Peralatan ICT telah dilakukan pada hari ini setelah laporan kerosakan dihantar ke Pihak PKG Mentakab .

  • Pihak PKG telah menghantar juruteknik yang dilantik untuk membuat pemeriksaan.

  • Untuk hari ini, juruteknik hanya memeriksa kerosakan, dan akan datang semula untuk membaikinya setelah laporan dihantar ke pihak PKG.

  • Pemeriksaan telah dilakukan di Makmal ICT (A dan B) serta Bilik Akses.
  • Terima kasih kepada PKG Mentakab atas perkhidmatan yang cekap walaupun laporan secara online baru sahaja dihantar 2 hari sebelumnya.

Menghitung Hari Detik Demi Detik..