CERITA LAWAK : TUGU PERINGATAN
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia.Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengebumian beliau juga berjalan dengan lancar.
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang sahaja doktor yang masih merenung sendirian di pinggir makam si mati itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
DOKTOR A : "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi ".
DOKTOR B : "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu,".
DOKTOR A : "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu".
DOKTOR B : "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti".
DOKTOR A : "Mengapa pula ?"
DOKTOR B : "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawab doktor itu sungul...
CERITA LAWAK : MADE IN JAPAN
Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.
"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.
Sampai di lapangan terbang.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
"RM100 please..." kata pemandu teksi selamba.
"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.
"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.
CERITA LAWAK : MALAS KE SEKOLAH
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!
No comments:
Post a Comment