Wednesday, April 29, 2009

Sekitar Kem Kepimpinan Pengawas



Sekitar Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah
24-26 April 2009
di Sanctuary Resort, Cherating.
Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin SKTL



Tuesday, April 21, 2009

Kursus Kepimpinan



Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah
akan diadakan pada
24-26 April 2009
di Sanctuary Resort, Cherating.

Kursus yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin
ini akan disertai oleh 80 orang pengawas sekolah beserta 8 orang guru pengiring.

Semoga segalanya akan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua.

Monday, April 20, 2009

Pameran Aerospace & ICT


SABTU, 11 April 2009 (9:30 pagi -12:30 tengahari) :-

Seramai 50 pelajar + 2 guru pengiring dijemput menyertai bengkel Aerospace & ICT di Dewan Tun Razak Temerloh. Untuk itu, pelajar Tahun 5 Musytari dan 5 Zuhal telah dipilih untuk menyertainya.





Pengangkutan dan makanan pelajar telah disediakan oleh pihak MPT. Walaupun pelajar lewat tiba atas masalah pengangkutan, namun mereka masih berkesempatan mengikuti 2 sesi bengkel bersama-sama pelajar dr SK Jalan Bahagia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah melancarkan roket air dan membina roket kertas.


Selain dari bengkel tersebut, pertandingan Futsal antara sekolah turut dijalankan dan SKTL turut menyertainya. Pameran ICT dan Aerospace ini juga dibuka kepada orang awam bermula 10 hingga 12 April dan sambutannya amat menggalakkan.

Dengan pendedahan menerusi aktiviti ini, amatlah diharapkan agar pelajar akan lebih berminat untuk mendalami bidang Aero Angkasa dan ICT di masa akan datang.

Monday, April 06, 2009

Bola Baling

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Baling SKTL (Lelaki) kerana berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon Pendidikan Mentakab Rabu lalu...

Bagi pasukan perempuan, jangan berputus asa...kita cuba lagi tahun hadapan.

Tidak lupa tahniah juga kepada jurulatih yang terlibat iaitu En. Wan Mahmud, En. Nasir, Pn. Hazlinda dan guru-guru bola baling kerana berjaya membimbing pasukan sekolah dan mengharumkan lagi nama baik SKTL.

Wednesday, April 01, 2009

Penyenggaraan Peralatan ICT

  • Penyenggaraan Peralatan ICT telah dilakukan pada hari ini setelah laporan kerosakan dihantar ke Pihak PKG Mentakab .

  • Pihak PKG telah menghantar juruteknik yang dilantik untuk membuat pemeriksaan.

  • Untuk hari ini, juruteknik hanya memeriksa kerosakan, dan akan datang semula untuk membaikinya setelah laporan dihantar ke pihak PKG.

  • Pemeriksaan telah dilakukan di Makmal ICT (A dan B) serta Bilik Akses.
  • Terima kasih kepada PKG Mentakab atas perkhidmatan yang cekap walaupun laporan secara online baru sahaja dihantar 2 hari sebelumnya.

Budaya Hari Rabu

Setiap hari Rabu, 2 aktiviti ini seakan rutin yang berlaku di SKTL.


Perbarisan Unit Beruniform
- dikendalikan oleh Tuan Haji Zainordin b. Mohd Salleh
dengan bantuan guru-guru unit beruniform yang lain.
- aktiviti dimulakan pada jam 730 pagi.



Buddy Support System (PPSMI)

-Dilaksanakan pada waktu akhir sesi
persekolahan bagi membantu guru-guru
PPSMI agar lebih berkeyakinan dalam
sesi P&P dan komunikasi seharian
menggunakan Bahasa Inggeris.

Menghitung Hari Detik Demi Detik..